Wednesday 8 June 2011

SELONGGOK ADAT, KAYA PEKERTI, SEGUMPAL DARAH MEROSAK DIRI

Ketika saya masih kecil umur lingkungan 14 tahun, saya seringkali terdengar beberapa perkara, berkaitan pantang larang dan petua-petua yang sering disebut, lazimnya kita akan mendengarnya dari orang tua-tua, yang masih lagi saya ingat ketika melihat ibu saudara selepas melahirkan anak, pelbagai kaedah serta susun atur pantang larang harus diturut. melihat dan merenung beberapa perkara berkaitan dengan hal ini, susur galur serta perjalanan kehidupan masyarakat Melayu rupa-rupanya penuh dengan pegangan tersendiri. Salah satunya lahir dari kisah petua dan pantang larang masa silam.
             Sebenarnya kita tidak terikat atau terkongkong dalam suasana pembawakan silam, namun hal ini bergantung pada arus zaman, dan jika kita bijak menggunakannya ia akan menjadi sangat bererti pada pengamalnya. Namun begitu, ada yang masih tidak dapat membezakan antara halal dan haram, syirik, dan khurafat. Itu tidaklah dapat kita bantu melainkan kesedaran sendiri. Saya yakin agama Islam telah menerangkan segalanya.
            Hari ini, masih lagi terdapat akan beberapa perkara sihat masih boleh kita amalkan dalam menjalani hidup. Namun begitu sedih rasanya ada diantara perkara adat ini dilihat makin lupus dalam kabut waktu dan masing-masing menghajatkan kekayaan dari dunia semata-mata dan mementingkan kaedah, diri sendiri, hinggakan wang ringgit menjadi keputusan dari amal dan sedekah.
           Sedikit perkara asas yang berbau rohaniah dalam adat Melayu, kata orang tua-tua jika ada orang bertandang ke rumah sebagai tetamu melawat keluarga kita, maka orang dulu menganggap dia akan membawa rezeki dan apabila dia hendak pulang dia akan membawa segala penyakit keluar dari rumah.
           Jika dilihat dari sudut agamaan, setiap tetamu yang melawat ke rumah kita, pasti membawa doa. Dan tidak hairanlah mengapa kita anggap perkara ini relevan bagi orang terdahulu.
           Bapa saudara saya dahulunya bekerja dengan orang putih, sebagai seorang pemandu keretapi angkut barangan, selalunya orang putih yakni tuan punya keretapi akan ikut bersama dari destinasi ke destinasi, tiap pagi bapa saudara saya akan melihat orang putih itu berbual dengan kepala keretapinya.
           Ayatnya berbunyi seperti memuji-muji keretapi itu dan saling tak tumpah seperti berbual dengan seorang manusia. Bapa saudara saya sudah biasa dengan sikap orang putih itu kerana sudah lama bekerja dengannya, jika tidak faham orang pasti menyangka dia gila, namun disebalik itu dia memiliki kekayaan yang melimpah ruah, dengan ladang-ladang, getah, sawit, dan rumah yang besar. Tapi apakah sebenarnya amalan yang digunakan.
         Berbual dengan benda-benda pada konteks saya sama juga seperti berbual dengan makluk Allah, sebagai contoh kepala keretapi juga dijadikan dari bahan mineral asli, hasil galian bijih besi, tiada sangkal lagi ianya dijadikan dari bumi ini juga. Jadi tidaklah perlu kita merasa pelik jika ingin meletakkan semangat kita pada kenderaan ataupun tanaman.
           Dalam hal yang lain, tentang orang terdahulu, jika mereka berhajat menuju ke suatu tempat, mereka pasti ia tidak dilansungkan dengan keadaan tergopoh gapah sebaliknya punya kira-kira mereka tersendiri, dan disusuli doa memanjat berkat.
          Dulu pernah juga sesekali apabila bertandang ke rumah rakan baik saya di Bayan Lepas, bapa rakan saya bekas guru besar sekolah menengah memberitahu saya perkara hikmat, ia mengenai kematian.
          Katanya jika boleh kita tidak mahu kematian kita ada sangkut paut dengan logam, mulanya saya agak keliru namun begitu saya faham, maksudnya seperti pistol, pisau, mati eksiden saya teka.
          Dia menerangkan bahawa perkara bahaya dimuka bumi ini sumber mineralnya adalah jenis besi dan logam. Hemat saya mungkin atas alasan inilah, lama dulu Allah SAW menurunkan surah Al-Hadid untuk menerangkan hal ehwal besi kejadian dan pembanggunan besi.
          Orang dahulu kala hebat belaka kata datuk, Cuma orang tua-tua kita bukanlah hebat berlawan beradu tenaga atau senjata,apalagi bergaduh, sebaliknya orang tua dulu terkenal dengan sifat sabar, dan tiada pernah ada berdendam. Sabar mereka bukannya pada tahap biasa, malah tanpa batasan, dan hidup hanya berlandaskan sabar meskipun dianiaya. Kerana itu saya menganggap mereka hebat, kerana sabar bukanlah perkara mudah hendak dipikul.
          Hari ini saya menyarankan pada pembaca yang dihormati, pupuklah sifat sabar, fikirkan segalanya baik-baik belaka, hindari rasa dendam kerana dendam yang bersarang dalam hati merosakkan manusia, kerana ia penyebab penyakit berbahaya wujud didalam tubuh badan. Tidak lain sebabnya kerana dendam itu disimpan didalam seketul darah yang dipanggil hati.

“Sabar itu mengundang kemenangan”
          Nabi Muhammad SAW

Yang Benar
Anas Arafadd
Top of Form
Bottom of Form